Friday, 5 January 2018

1.5.2 - BERIMAN KEPADA PARA MALAIKAT

πŸ“œBERIMAN KEPADA PARA MALAIKATπŸ“œ






Percaya dan yakin bahawa Allah telah menjadikan malaikat sebagai pesuruh-Nya, Dijadikan daripada cahaya  . Bukan lelaki atau perempuan , tidak mempunyai hawa nafsu , tidak makan dan minum , tidak tidur dan sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah, taat menjalankan tugas yg telah ditentukan. Sifat ketaatan dan kepatuhan para malaikat telah Allah SWT jelaskan dalam Al-Quran berdasarkan Firman Allah SWT ;

Maksudnya :
Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yg berada dilangit dan semua makhluk yg melata dibumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tdk menyombongkan diri ,mereka takut kepada tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)
                                                                                         Surah al-nahl 16:ayat 49-50 )


Allah berfirman lagi dlm surat al-anbiya :

Maksudnya ;
Dan kepunyaan-Nyalah segala apa yg dilangit dan dibumi. Dan malaikat-malaikat yang disisi-Nya , mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih . mereka selalu bertasbih malam dan saing tiada henti-henti.
                                                                                      Surah al-anbiya 21:ayat 19-20 ) 

Nama para malaikat yg wajib diketahui serta tugas mereka

Nama
Tugas
Jibril
Menyampaikan wahyu
Mikail
Memberi rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Izrail
Mencabut nyawa
Munkar
Menyoal mayat dalam kubur
Nakir
Menyoal mayat dalam kubur
Raqib
Menulis kebaikan
‘Atiq
Menulis kejahatan
Malik
Menjaga neraka
Ridhwan
Menjaga syurga
       

No comments:

Post a Comment