Tuesday, 9 January 2018

1.3 -KONSEP AKIDAH

🦋1.3 KONSEP AKIDAH 🦋




💠Bahasa
· Simpulan atau pegangan yang kuat atau satu ikat janji

💠Istilah
· Kepercayaan dan keyakinan yang bersungguh-sungguh kepada kewujudan dan keEsaan Allah SWT, beriman kepada kewujudan malaikat yang bersifat maksum, beriman kepada para nabi dan rasul, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar.
· Maksum ( tidak pernah melakukan sebarang dosa)
· Percaya kepada enam perkara ini akan membentuk rukun iman dalam diri manusia.

💠Satu ilmu yang menyelidik dan membicarakan kepercayaan seseorang
· Ketuhanan, kerasulan dan perkara – perkara samiyyat
· Samiyyat ( perkara - perkara ghaib yang diceritanya didengar dan diketahui Al-Quran)

💠Menjadi teras utama kepada Islam dan merupakan perkara penting yang perlu dipelihara kerana membabitkan keimanan manusia kepada Allah SWT.

💠Perkara pertama sebelum seseorang memeluk Islam ialah lafaz dua kalimah syahadah

💠Kita wajib mempercayai enam prinsip rukun iman


💠Dianganggap murtad jika mengingkari dan tidak percaya dengan rukun ini

      Firman Allah SWT:

      Maksudnya: “Barang siapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya
                                                                                                (Surah al-Baqarah 2:217)






No comments:

Post a Comment