Islam ialah agama yang dibawa oleh sekalian nabi dan rasul bermula Nabi Adam a.s. hinggalah Nabi Muhammad SAW untuk sekalian manusia tanpa mengira batas sempadan dan warna kulit. Oleh sebab itulah, Islam berbeza dengan agama lain di dunia kerana terdapat pelbagai keistimewaan dalam Islam yang menggambarkan kesempurnaan dalam hidup beragama.
π1.2.1 Rabbaniyyah π
πHukum dan peraturan syariah ini adalah daripada Allah SWT melalui wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad SAW dengan lafaz dan makna, iaitu Al-Quran atau dengan makna sahaja tidak termasuk lafaz, iaitu sunah. Ciri ini membezakannya daripada semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan manusia sedangkan syariah Islamiah daripada pencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah SWT.
Natijah Syariah Islamiah
a) Prinsip syariah dan hukum-hakamnya bersih daripada sebarang bentuk kezaliman, kelemahan dan hawa nafsu kerana Allah SWT mempunyai kesempurnaan mutlak. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana lahir daripada manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa dan sebagainya.
b) Hukum syarak mempunyai kehebatan dan kehormatan dalan jiwa orang yang beriman dengannya sama ada pemerintah mahupun yang diperintah kerana hukum ini adalah daripada Allah SWT dan pasti memiliki sifat al-Din. Atas dasar inilah, Islam tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati serta didorong oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.
Balasan Duniawi dan Ukhrawi
Balasan Duniawi
|
Balasan Ukhrawi
|
⏹Bersifat kanun jenayah atau kanun sivil seperti undang-undang buatan manusia.
|
⏹Dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum syarak sama ada amalan had atau amalan anggota zahir yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) atau jenayah.
|
Justeru, undang-undang Islam mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal keagaman dan akhlak.
π1.2.2 Alamiyyah dan Umumiyyahπ
πSyariat Islam menjadi istimewa dengan ciri ini. Ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, petunjuk kepada seluruh umat manusia serta peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat tanpa mengira bangsa serta warna kulit.
πIslam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti dalam Jadual 1.1.
JADUAL 1.1 Tahap Keperluan Manusia
Tahap Keperluan
|
Huraian
|
Dharuriyyat
|
Kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Dharuriyyat ialah perkara asas dunia dan akhirat yang merangkumi akal, agama, nyawa, keturunan dan harta.
|
Hajiyyat
|
Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun, manusia masih boleh hidup tanpa kewujudannya. Contohnya, penggunaan telefon mudah alih pada masa ini yang menjadi alat komunikasi yang penting.
|
Tahsiniyyat
|
Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup lebih mulia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan. Contohnya Islam mewajibkan wanita menutup aurat tetapi cara penutupan aurat adalah mengikut tempat dan suasana.
|
π1.2.3 Kekalπ
π Syariat Islam kekal sepanjang zaman tanpa dinaskhahkan dan tiada perubahan.
π Ia merupakan syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi (agama langit) yang lain.
π Nabi Muhammad SAW ialah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas Baginda.
π Kesejagatan syariat Islam adalah untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti.
π Maka, sudah pasti segala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan di semua tempat serta mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa.
π1.2.4 Syumulπ
π Syariat Islam ialah satu sistem yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan serta menggariskan manusia kepada jalan intan, menerangkan dasar-dasar akidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, membersihkan jiwa dan mengatur hubungan sesama manusia.
π Kesyumulan Islam ini dapat dilihat dalam tiga kelompok, iaitu :
✔Hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum akidah dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau tauhid.
✔Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat dan mungkir janji. Hukum-hukum akhlak dan kajiannya terdapat dalam ilmu akhlak atau tasawuf.
✔Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan fiqah dan perbincangannya dalam ilmu fiqah.
π1.2.5 KEMANUSIAAN π
π1.2.5 KEMANUSIAAN π
πΈSyariat Islam adalah bersifat kemanusiaan sejagat yang diturunkan Allah SWT untuk seluruh manusia.
πΈAllah memberikan rahmat kepada mereka sepanjang zaman dan disemua tempat.
πΈManusia tetap memerlukan bimbingan wahyu sebagai panduan dalam kehidupan walaupun Allah telah menganugerahkn manusia dengan pelbagai keistimewaan.
πΈKandungan syariat Islam amat bersesuaian dengan kehendak dan naluri manusia
· Hubungan manusia dengan Allah (Sistem Ibadah)
· Hubungan manusia dengan manusia (Sistem Muamalah)
π1.2.6 KEADILAN MUTLAK π
▶Meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut penilaian Allah SWT.
▶Islam bertujuan untuk menegakkan keadilan mutlak dalam kalangan manusia seluruhnya :
· Menegakkan persaudaraan dalam kalangan mereka.
· Memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda.
· Bermatlamat dunia dan akhirat.
▶Sistem yang dicipta Allah SWT adalah bersifat adil dan saksama.
▶Siapa yang melakukan kesalahan akan dihukum dan siapa yang melakukan kebaikan akan mendapat ganjaran.
▶Oleh itu, ada konsep dosa dan pahala dalam agama Islam.
No comments:
Post a Comment