π 1.5.1 BERIMAN KEPADA ALLAH SWT π
▶Percaya kepada kewujudan Allah SWT sebagai tuhan yang sempurna sifat-Nya, pencipta alam dan WAJIB disembah.
▶Bukti yg menunjukkan ALLAH SWT wujud ialah kewujudan sekalian makhluk . Allah SWT sendiri yg menyatakan di dalam Firman-Nya .
Maksudnya ;
“Dan tuhanmu ialah tuhan yang Maha Esa tiada tuhan yg melainkan Dia yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya dalam penciptaaan langit dan bumi , silih bergantinya malam dan siang, bahtera yg belayar di laut membawa apa yg berguna bagi manusia dan apa yg allah turunkan dari langit yg berupa air , lalu dengan air itu dia hidupkan bumi yg sudah mati (kering) dan dia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin serta awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda(keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yg memikirkan.”
( Surah Al-Baqarah 2:ayat 163-164 )
Sifat-sifat Allah
Sifat
|
Maksud
|
Wujud
|
Wajib ada
|
Qidam
|
Sedia ada
|
Baqa
|
Kekal
|
Mukhalafatuhulilhawadith
|
Berbeza dengan semua makhluk
|
Qiamuhu binafsih
|
Berdiri dengan sendiri
|
Wahdaniat
|
Esa
|
Qudrat
|
Pemilik kuasa
|
Iradat
|
Berkehendak
|
Ilmu
|
Bijaksana
|
Hayat
|
Tidak mati
|
Sama’
|
Medengar
|
Basar
|
Melihat
|
Kalam
|
Berkata kata
|
Kaunuhu qaadiran
|
Maha berkuasa
|
Kaunuhu muriidan
|
Maha berkehendak
|
Kaunuhu ‘aliman
|
Maha mengetahui
|
Kaunuhu hayyan
|
Sentiasa hidup
|
Kaunuhu sami’an
|
Maha mendengar
|
Kaunuhu basiiran
|
Maha melihat
|
Kaunuhu mutakalliman
|
Maha berkata-kata
|
1) WUJUD
Wujud Allah wajib ada,
Wujud kita harus sahaja,
Wujud Allah dapat dirasa,
Namun ia tak dapat diduga.
2) QIDAM
Ada Allah, tiada mula,
Sejak azali, Dia sedia ada,
Ada kita diciptakan-Nya,
Dari tiada kepada ada.
3) BAQA'
Ada Allah kekal sentiasa,
Tiada yang mengubah-Nya,
Ada kita binasa akhirnya,
Datang dari-Nya pulang kepada-Nya.
4) MUKHOLAFATUL LILHAWADITSI
Ada Allah, tiada serupa,
Tak berbentuk dan berupa,
Tak bertempat di mana jua,
Tidak tertakluk pada masa.
5) QIYAMUHU BINAFSIHI
Ada Allah, sendiri sahaja,
Tak berhajat pada apa jua,
Cukuplah Dia dengan diri-Nya,
Bahkan kita yang perlu pada-Nya.
6) WAHDANIYYAT
Ada Allah, Esa sahaja,
Tidak terbilang apapun jua,
Tidak tersusun dari apa-apa,
Anak tiada bapa pun tiada.
7) QUDRAT
Ada Allah, Pemilik kuasa,
Kita hanya di kuasa jua,
Kuasa Allah tiada terkira,
Kuasa kita terbatas jua.
8) IRADAT
Ada Allah kehendak milik-Nya,
Kehendak kita kehendak-Nya jua,
Tiada yang dapat mengatasi-Nya,
Pasrah kita kepada-Nya.
9) ILMUN
Ada Allah, ilmu milik-Nya,a
Kita jahil tak tahu apa-apa,
Dialah yang Maha Bijaksana,
Semua takdir-Nya elok belaka.
10) HAYAT
Ada Allah, Hayat milik-Nya,
Tidak mati mahupun binasa,
Dialah kekal jua,
Lemahnya kita tiada berdaya.
11) SAMA'
Ada Allah, dengar milik-Nya,
Tiada apa yang sunyi dari-Nya,
Tiap kata didengar-Nya jua,
Maka berwaspadalah kita.
12) BASHAR
Ada Allah, lihat milik-Nya,
Tiada dapat selindung dari-Nya,
Zahir batin di lihat-Nya jua,
Baik buruk pasti dihitung-Nya.
13) KALAM
Ada Allah, kata milik-Nya,
Kita makhluk kelulah jua,
Tiada kata seindah kata-Nya,
Al-Quran itu penzahiran-Nya.
14) QADIRAN
Ada Allah, pemilik kuasa,
Kita hanya dikuasa jua,
Kuasa Allah tiada terkira,
Kuasa kita terbatas jua.
15) MURIDAN
Ada Allah, kehendak milik-Nya,
Kehendak kita kehendak-Nya jua,
Tiada yang dapat mengatssi-Nya,
Pasrahlah kita kepada-Nya.
16) 'ALIMAN
Ada Allah, ilmu milik-Nya,
Kita jahil tak tahu apa-apa,
Dialah yang Maha Bijaksana,
Semua takdir-Nya elok belaka.
17) HAYYAN
Ada Allah, Hayat milik-Nya,
Tidak mati mahupun binasa,
Dialah yang kekal jua,
Lemahlah kita tiada berdaya.
18) SAMII'AN
Ada Allah, dengar milik-Nya,
Tiada apa yang sunyi dari-Nya,
Tiap kata didengar-Nya jua,
Maka berwaspadalah kita.
19) BASHIIRAN
Ada Allah, lihat milik-Nya,
Tiada dapat selindung dari-Nya,
Zahir batin dilihat-Nya jua,
Baik buruk pasti dihitung-Nya.
20) MUTAKALLIMAN
Ada Allah, kata milik-Nya,
Kita makhluk kelulah jua,
Tiada kata seindah kata-Nya,
Al-Quran itu pengzahiran-Nya.
16) 'ALIMAN
Ada Allah, ilmu milik-Nya,
Kita jahil tak tahu apa-apa,
Dialah yang Maha Bijaksana,
Semua takdir-Nya elok belaka.
17) HAYYAN
Ada Allah, Hayat milik-Nya,
Tidak mati mahupun binasa,
Dialah yang kekal jua,
Lemahlah kita tiada berdaya.
18) SAMII'AN
Ada Allah, dengar milik-Nya,
Tiada apa yang sunyi dari-Nya,
Tiap kata didengar-Nya jua,
Maka berwaspadalah kita.
19) BASHIIRAN
Ada Allah, lihat milik-Nya,
Tiada dapat selindung dari-Nya,
Zahir batin dilihat-Nya jua,
Baik buruk pasti dihitung-Nya.
20) MUTAKALLIMAN
Ada Allah, kata milik-Nya,
Kita makhluk kelulah jua,
Tiada kata seindah kata-Nya,
Al-Quran itu pengzahiran-Nya.
No comments:
Post a Comment