o Berasal dari bahasa Arab yang bermaksud pengetahuan, penyaksian, pengakhbaran dan pegangan.
o Disimpulankan sebagai satu kesaksian atau ikrar berlandaskan apa yang diketahui.
o Boleh dilakukan dalam bentuk lisan atau perbuatan.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Tiadalah orang-orang musyrik itu berhak meramaikan masjid-masjid Allah sedang mereka telah mengakui bahawa mereka sendiri tidak beriman, itulah orang-orang yang pekerjaan mereka sia-sia sahaja dan mereka kekal di neraka”
( Surah Al-Tawbah 9:17 )
o Jika lafaz syahadah itu berlawan dengan apa yang dipercayai di dalam hatinya, maka syahadahnya itu dinamakan syahadah dusta
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa engkau sesungguhya utusan Allah. Dan Allah mengetahui, bahawa kamu sesungguhnya utusan-Nya dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu dusta”
( Surah Al-Munafiqun 63:1 )
o Terdapat dua lafaz kalimah syahadah dalam akidah Islam, iaitu syahadah kepada Allah SWT dan syahadah kepada Rasul.
“Aku bersaksi bahawa tiada Allah yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melaikan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”
π1.4.1 TUNTUTAN SYAHADAH ( SYAHADAIN ) π
π Merupakan anak kunci kepada syurga Allah SWT
π Dua kalimah syahadah mempunyai pengertian yang mendalam
π Ia mestilah diyakini dengan hati tanpa rasa syak
SYAHADAH KEPADA ALLAH
· Mentauhidkan Allah SWT dengan tauhid (Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma’was Sifah wa al Af’al)
· Tidak menghadapkan sembahan kepada sesuatu selain Allah
· Dua rukun:
✔La ilaha illallah (nafi) –Diperhatikan pada kalimah La ilaha yang bererti menolak sebarang bentuk pengabdian selain daripada Allah SWT
✔Ithbat (penegasan) –Dilihat pada kalimah illallah yang bererti menegaskan tentang hakikat ketuhanan Allah SWT Yang Maha Esa
SYAHADAH KEPADA RASUL
• Bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh Nabi atau Rasulullah SAW.
• Percaya bahawa perkara ghaib adalah semua dari Allah SWT
• Menerima semua sifat dan akhlak kerasulan seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
Merupakan teras Islam yang kedua
• Menuntut manusia untuk mengetahui, membenar dan meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Rasulullah dan membuktikannya dengan perbuatan (menegakkan tingkah laku yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menurut jejak langkah Baginda ) dan perkataan (melafazkan kalimah syahadah).
• Pengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah SWT.
• Dialah Tuhan Rabb al’Alamin.
• Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT.
INGKAR TERHADAP KENABIAN RASULULLAH SAW
• Dia telah merendahkan dan melemahkan akal manusia.
• Sikap seperti menunjukkan keingkaran, kedegilan dan berdosa besar.
• Menolak sunnah Rasulullah SAW juga dikira ingkar seperti golongan anti-hadis.
IMPLIKASI BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW
· Mengimani secara mutlak dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh Baginda adalah daripada Allah SWT.
· Dalil-dalil Allah SWT tentang kesan keimanan kepada Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya : “Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”
( Surah Ali Imran 3:312 )
Maksudnya : “Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.”
( Surah Ali Imran 3:31 )
Maksudnya : “Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah.”
( Surah Al-Hashr 5:97 )
PEMBAHAGIAN TAUHID
π Merupakan konsep alam akidah Islam dengan menyatakan keesaan Allah dan hanya Allah yang layak disembah.
π Ikrar seorang Muslim melalui kalimah syahadah dan dapat menjauhi perbuatan syirik.
JENIS-JENIS TAUHID
|
PENGERTIAN
|
Rububiyyah
|
Pengakuan bahwa Allah SWT ialah Tuhan bagi sekalian alam. Dialah Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini.
|
Uluhiyyah
|
Pengakuan dan kepatuhan bahawa Allah SWT sahaja yang layak disembah dengan sebenar-benarnya dan diserahkan pengabdian diri kepada-Nya semata-mata.
|
Asma’ wa al-sifat
|
Mengakui dan beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang MAHA AGUNG serta mensucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.
|
TAUHID RUBUBIYYAH
π Mengesakan Allah SWT dalam segala perbuatan-Nya, dengan keyakinan bahawa Dialah satu-satunya Pencipta, Penguasa dan Pengatur segala urusan alam semesta.
π Hanya sebagian kecil daripada golongan manusia yang mengingkari tauhid ini.
π Tauhid ini belum mencukupi untuk menjadikan seseorang umat yang bertauhid kepada Allah SWT. (Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ wa al-sifat)
π Kaum Musyrikin mengakui dan meyakini tauhid tetapi tidak bermanfaat kerana mereka belum mengesahkan Allah SWT dalam ibadah. (Tauhid Uluhiyyah)
Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang mengusai (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mengeluarkan yang mati daripada yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan.” Maka mereka menjawab: “Allah”. Maka katakanlah: “Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?”
(Surah Yunus 10:31)
TAUHID ULUHIYYAH
✔ Mengesakan Allah SWT pada setiap perbuatan serta beriman dan mempercayai dengan sepenuh keyakinan bahawa hanya Allah yang layak disembah.
✔ Setiap perbuatan seperti menyembah hanyalah untuk Allah SWT dan bukan tuhan-tuhan lain
· Patung berhala, hawa nafsu, manusia dan harta benda.
✔ Bertujuan memastikan segala amalan melalui hati, lidah dan tubuh badan bebas daripada sifat-sifat syirik
✔ Terdapat dalam Islam sahaja kerana segala peribadatan adalah kepada Allah tanpa melalui sebarang perantaraan.
✔ Umat diajar untuk tidak mensyirikkan Allah melalui hati, lidah dan perbuatan
✔ Para Rasul diutuskan oleh Allah SWT menyampaikan dakwah kepada kaum mereka dengan perintah untuk mengesakan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah Thagut itu”. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang orang yang mendustakan (rasul-rasul)”
( Surah Al-Nahl 16:36 )
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutus untuk memerangi manusia, sehingga mereka bersyahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad ialah utusan Allah”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
✔ Kalimah syahadah menjadi teras utama yang membezakan Islam dengan agama yang lain
TAUHID ASMA’ WA AL-SIFAT
✔ Beriman terhadap seluruh nama dan sifat yang telah Allah tetapkan ke atas-Nya dengan tidak menyerupakan-Nya dengan makhluk.
✔ Dialah Allah yang memiliki nama dan sifat yang sempurna.
✔ Seorang Muslim wajib menetapkan apa yang Allah SWT tetapkan bagi-Nya (Al-Quran dan Hadis)
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Hanya milik Allah asma’ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma’ul husna itu”
( Surah al-A'raf 7:180 )
CONTOH-CONTOH SURAH YANG TERDAPAT NAMA-NAMA ALLAH DAN SIFAT-SIFATNYA
Maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
( Surah al-Hujurat 49:14 )
Maksudnya: “Dan adalah ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
( Surah al-Fath 48:4 )
Maksudnya: “Ketahuilah bahawasanya ALLAH mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Maka takutlah kepada-Nya dan ketahuilah bahawa ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”
( Surah al-Baqarah 2:235 )
No comments:
Post a Comment