Friday, 12 January 2018

KONSEP ASAS ISLAM





😁PENGENALAN😁


Allah SWT telah menganugerahkan pelbagai keistimewaan kepada manusia untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Namun, manusia masih memerlukan bimbingan wahyu serta kebergantungan kepada Allah SWT. Sehubungan itu, Islam dijadikan pegangan dan anutan yang lengkap dan sempurna sebagai memenuhi keperluan serta kepuasan rohani dan jasmani manusia.




Thursday, 11 January 2018

1.1 - ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AL-DIN)

πŸ¦‹ 1.1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AL-DIN) πŸ¦‹



Islam ialah al-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia mengandungi akidah, amalan serta hukum berhubung dengan rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, agama dan politik serta segala urusan di dunia dan di akhirat. Secara khususnya, Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah.




a) Islam ▶ Tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT serta mentaati-Nya.


   Firman Allah SWT: 

   
   Maksudnya: Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepada-Nya menyerah diri segala apa yang ada di langit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka di kembalikan.
                                                                                                        (Surah Ali Imran 3:83)


b) Islam ▶ Peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia serta menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah SAW daripada Allah SWT.




  Firman Allah SWT: 


  Maksudnya: Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam, maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

                                                                                                        (Surah Ali Imran 3:85)

c) Islam ▶ Kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya, yang mengandungi pelbagai peraturan berbentuk akidah,akhlak dan muamalat untuk disampaikan kepada manusia.


 Firman Allah SWT:


 Maksudnya: Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu daripada gangguan manusia.

                                                                                                      (Surah al-Maidah 5:67)

d) Islam ▶ Keseluruhan al-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merangkumi aspek akidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin serta penuh keikhlasan.


 Firman Allah SWT:


 Maksudnya: Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran disisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita.

                                                                                                   (Surah al-Baqarah 2:112)

e) Islam ▶ Melibatkan penyerahan diri secara zahir sahaja tanpa iman di dalam hati tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada penganutnya.


 Firman Allah SWT:


 Maksudnya: Orang Arab Badwi berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah kepada mereka: "Kamu belum beriman, " tetapi katakanlah: "Kami telah Islam kerana iman itu belum masuk ke dalam hati-hati kamu". 

                                                                                                 (Surah al-Hujurat 49:14)

f) Islam ▶ Penghayatan sebenar manusia dalam menjalani kehidupan dan sebagai ubat yang mujarab untuk mengatasi segala permasalahan yang berlaku. Di samping itu, Islam dapat memperbaiki masyarakat selain merupakan jalan sebenar yang tidak mungkin menyesatkan sesiapa sahaja yang melaluinya.


Wednesday, 10 January 2018

1.2 - CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM





πŸ¦‹1.2 CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAMπŸ¦‹

Islam ialah agama yang dibawa oleh sekalian nabi dan rasul bermula Nabi Adam a.s. hinggalah Nabi Muhammad SAW untuk sekalian manusia tanpa mengira batas sempadan dan warna kulit. Oleh sebab itulah, Islam berbeza dengan agama lain di dunia kerana terdapat pelbagai keistimewaan dalam Islam yang menggambarkan kesempurnaan dalam hidup beragama.

πŸ“œ1.2.1 Rabbaniyyah πŸ“œ

 πŸ‘‰Hukum dan peraturan syariah ini adalah daripada Allah SWT melalui wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad SAW dengan lafaz dan makna, iaitu Al-Quran atau dengan makna sahaja tidak termasuk lafaz, iaitu sunah. Ciri ini membezakannya daripada semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan manusia sedangkan syariah Islamiah daripada pencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah SWT.

Natijah Syariah Islamiah

a) Prinsip syariah dan hukum-hakamnya bersih daripada sebarang bentuk kezaliman, kelemahan dan hawa nafsu kerana Allah SWT mempunyai kesempurnaan mutlak. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana lahir daripada manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa dan sebagainya.

b) Hukum syarak mempunyai kehebatan dan kehormatan dalan jiwa orang yang beriman dengannya sama ada pemerintah mahupun yang diperintah kerana hukum ini adalah daripada Allah SWT dan pasti memiliki sifat al-Din. Atas dasar inilah, Islam tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati serta didorong oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Balasan Duniawi dan Ukhrawi

Balasan Duniawi
Balasan Ukhrawi
Bersifat kanun jenayah atau kanun sivil seperti undang-undang buatan manusia.
⏹Dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum syarak sama ada amalan had atau amalan anggota zahir yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) atau jenayah.

Justeru, undang-undang Islam mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal keagaman dan akhlak.



πŸ“œ1.2.2 Alamiyyah dan UmumiyyahπŸ“œ 

πŸ”†Syariat Islam menjadi istimewa dengan ciri ini. Ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, petunjuk kepada seluruh umat manusia serta peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat tanpa mengira bangsa serta warna kulit.

πŸ”†Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti dalam Jadual 1.1.

JADUAL 1.1 Tahap Keperluan Manusia
Tahap Keperluan
Huraian

Dharuriyyat
Kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Dharuriyyat ialah perkara asas dunia dan akhirat yang merangkumi akal, agama, nyawa, keturunan dan harta.

Hajiyyat
Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun, manusia masih boleh hidup tanpa kewujudannya. Contohnya, penggunaan telefon mudah alih pada masa ini yang menjadi alat komunikasi yang penting.

Tahsiniyyat
Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup lebih mulia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan. Contohnya Islam mewajibkan wanita menutup aurat tetapi cara penutupan aurat adalah mengikut tempat dan suasana.




πŸ“œ1.2.3 KekalπŸ“œ

πŸ’ Syariat Islam kekal sepanjang zaman tanpa dinaskhahkan dan tiada perubahan.

πŸ’ Ia merupakan syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi (agama langit) yang lain.

πŸ’ Nabi Muhammad SAW ialah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas Baginda.

πŸ’ Kesejagatan syariat Islam adalah untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti.

πŸ’ Maka, sudah pasti segala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman dan di semua tempat serta mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa.



πŸ“œ1.2.4 SyumulπŸ“œ

πŸ’ Syariat Islam ialah satu sistem yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan serta menggariskan manusia kepada jalan intan, menerangkan dasar-dasar akidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, membersihkan jiwa dan mengatur hubungan sesama manusia.

πŸ’ Kesyumulan Islam ini dapat dilihat dalam tiga kelompok, iaitu :

   ✔Hukum-hukum yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum akidah dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau tauhid.

  ✔Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat dan mungkir janji. Hukum-hukum akhlak dan kajiannya terdapat dalam ilmu akhlak atau tasawuf.

  ✔Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan fiqah dan perbincangannya dalam ilmu fiqah.


                              πŸ“œ1.2.5 KEMANUSIAAN πŸ“œ

πŸ”ΈSyariat Islam adalah bersifat kemanusiaan sejagat yang diturunkan Allah SWT untuk seluruh manusia.
πŸ”ΈAllah memberikan rahmat kepada mereka sepanjang zaman dan disemua tempat.
πŸ”ΈManusia tetap memerlukan bimbingan wahyu sebagai panduan dalam kehidupan walaupun Allah telah menganugerahkn manusia dengan pelbagai keistimewaan.
πŸ”ΈKandungan syariat Islam amat bersesuaian dengan kehendak dan naluri manusia
· Hubungan manusia dengan Allah (Sistem Ibadah)
· Hubungan manusia dengan manusia (Sistem Muamalah)


πŸ“œ1.2.6 KEADILAN MUTLAK πŸ“œ 

Meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut penilaian Allah SWT.
Islam bertujuan untuk menegakkan keadilan mutlak dalam kalangan manusia seluruhnya :
· Menegakkan persaudaraan dalam kalangan mereka.
· Memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda.
· Bermatlamat dunia dan akhirat.
Sistem yang dicipta Allah SWT adalah bersifat adil dan saksama.
Siapa yang melakukan kesalahan akan dihukum dan siapa yang melakukan kebaikan akan mendapat ganjaran.
Oleh itu, ada konsep dosa dan pahala dalam agama Islam.





Tuesday, 9 January 2018

1.3 -KONSEP AKIDAH

πŸ¦‹1.3 KONSEP AKIDAH πŸ¦‹




πŸ’ Bahasa
· Simpulan atau pegangan yang kuat atau satu ikat janji

πŸ’ Istilah
· Kepercayaan dan keyakinan yang bersungguh-sungguh kepada kewujudan dan keEsaan Allah SWT, beriman kepada kewujudan malaikat yang bersifat maksum, beriman kepada para nabi dan rasul, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar.
· Maksum ( tidak pernah melakukan sebarang dosa)
· Percaya kepada enam perkara ini akan membentuk rukun iman dalam diri manusia.

πŸ’ Satu ilmu yang menyelidik dan membicarakan kepercayaan seseorang
· Ketuhanan, kerasulan dan perkara – perkara samiyyat
· Samiyyat ( perkara - perkara ghaib yang diceritanya didengar dan diketahui Al-Quran)

πŸ’ Menjadi teras utama kepada Islam dan merupakan perkara penting yang perlu dipelihara kerana membabitkan keimanan manusia kepada Allah SWT.

πŸ’ Perkara pertama sebelum seseorang memeluk Islam ialah lafaz dua kalimah syahadah

πŸ’ Kita wajib mempercayai enam prinsip rukun iman


πŸ’ Dianganggap murtad jika mengingkari dan tidak percaya dengan rukun ini

      Firman Allah SWT:

      Maksudnya: “Barang siapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya
                                                                                                (Surah al-Baqarah 2:217)






Monday, 8 January 2018

1.4 -KONSEP DUA KALIMAH SYAHADAH

πŸ¦‹1.4 KONSEP DUA KALIMAH SYAHADAHπŸ¦‹



o Berasal dari bahasa Arab yang bermaksud pengetahuan, penyaksian, pengakhbaran dan pegangan.

Disimpulankan sebagai satu kesaksian atau ikrar berlandaskan apa yang diketahui.

Boleh dilakukan dalam bentuk lisan atau perbuatan.

   Firman Allah SWT : 

       Maksudnya: “Tiadalah orang-orang musyrik itu berhak meramaikan masjid-masjid Allah sedang mereka telah mengakui bahawa mereka sendiri tidak beriman, itulah orang-orang yang pekerjaan mereka sia-sia sahaja dan mereka kekal di neraka” 
                                                                                                  Surah Al-Tawbah 9:17 )

Jika lafaz syahadah itu berlawan dengan apa yang dipercayai di dalam hatinya, maka syahadahnya itu dinamakan syahadah dusta

  Firman Allah SWT :

       Maksudnya : “Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa engkau sesungguhya utusan Allah. Dan Allah mengetahui, bahawa kamu sesungguhnya utusan-Nya dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu dusta
                                                                                               Surah Al-Munafiqun 63:1 )

o Terdapat dua lafaz kalimah syahadah dalam akidah Islam, iaitu syahadah kepada Allah SWT dan syahadah kepada Rasul.

    “Aku bersaksi bahawa tiada Allah yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melaikan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”


πŸ“Œ1.4.1 TUNTUTAN SYAHADAH ( SYAHADAIN ) πŸ“Œ

πŸ‘‰ Merupakan anak kunci kepada syurga Allah SWT

πŸ‘‰ Dua kalimah syahadah mempunyai pengertian yang mendalam

πŸ‘‰ Ia mestilah diyakini dengan hati tanpa rasa syak

                 SYAHADAH KEPADA ALLAH
· Mentauhidkan Allah SWT dengan tauhid (Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma’was Sifah wa al Af’al)
· Tidak menghadapkan sembahan kepada sesuatu selain Allah
· Dua rukun:
    ✔La ilaha illallah (nafi) –Diperhatikan pada kalimah La ilaha yang bererti menolak sebarang bentuk pengabdian selain daripada Allah SWT
    ✔Ithbat (penegasan) –Dilihat pada kalimah illallah yang bererti menegaskan tentang hakikat ketuhanan Allah SWT Yang Maha Esa

                SYAHADAH KEPADA RASUL
                  • Bermaksud ikrar dan tasdiq dengan segala syariat yang dibawa oleh Nabi atau Rasulullah SAW.
           • Percaya bahawa perkara ghaib adalah semua dari Allah SWT
           • Menerima semua sifat dan akhlak kerasulan seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

              Merupakan teras Islam yang kedua
           • Menuntut manusia untuk mengetahui, membenar dan meyakini bahawa Nabi Muhammad SAW ialah Rasulullah dan membuktikannya dengan perbuatan (menegakkan tingkah laku yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menurut jejak langkah Baginda ) dan perkataan (melafazkan kalimah syahadah).
          • Pengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah SWT.
          • Dialah Tuhan Rabb al’Alamin.
          • Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT.

            INGKAR TERHADAP KENABIAN RASULULLAH SAW
       • Dia telah merendahkan dan melemahkan akal manusia.
       • Sikap seperti menunjukkan keingkaran, kedegilan dan berdosa besar.
              • Menolak sunnah Rasulullah SAW juga dikira ingkar seperti golongan anti-hadis.

           IMPLIKASI BERIMAN KEPADA RASULULLAH SAW
     · Mengimani secara mutlak dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh Baginda adalah daripada Allah SWT.
     · Dalil-dalil Allah SWT tentang kesan keimanan kepada Nabi Muhammad SAW:

               Maksudnya : “Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”
                                                                                                         Surah Ali Imran 3:312 )

             Maksudnya : “Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” 
                                                                                                           ( Surah Ali Imran 3:31 )

             Maksudnya : “Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah. 
                                                                                                            ( Surah Al-Hashr 5:97 )





PEMBAHAGIAN TAUHID
πŸ”† Merupakan konsep alam akidah Islam dengan menyatakan keesaan Allah dan hanya Allah yang layak disembah.
πŸ”† Ikrar seorang Muslim melalui kalimah syahadah dan dapat menjauhi perbuatan syirik.



JENIS-JENIS TAUHID
PENGERTIAN
Rububiyyah
Pengakuan bahwa Allah SWT ialah Tuhan bagi sekalian alam. Dialah Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini.
Uluhiyyah
Pengakuan dan kepatuhan bahawa Allah SWT sahaja yang layak disembah dengan sebenar-benarnya dan diserahkan pengabdian diri kepada-Nya semata-mata.
Asma’ wa al-sifat
Mengakui dan beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang MAHA AGUNG serta mensucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.

TAUHID RUBUBIYYAH
πŸ”† Mengesakan Allah SWT dalam segala perbuatan-Nya, dengan keyakinan bahawa Dialah satu-satunya Pencipta, Penguasa dan Pengatur segala urusan alam semesta.
πŸ”† Hanya sebagian kecil daripada golongan manusia yang mengingkari tauhid ini.
πŸ”† Tauhid ini belum mencukupi untuk menjadikan seseorang umat yang bertauhid kepada Allah SWT. (Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ wa al-sifat)
πŸ”† Kaum Musyrikin mengakui dan meyakini tauhid tetapi tidak bermanfaat kerana mereka belum mengesahkan Allah SWT dalam ibadah. (Tauhid Uluhiyyah)

              Firman Allah SWT: 
              
              Maksudnya : “Siapakah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang mengusai (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan yang mengeluarkan yang mati daripada yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan.” Maka mereka menjawab: “Allah”. Maka katakanlah: “Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?
                                                                                                               (Surah Yunus 10:31)

TAUHID ULUHIYYAH
✔ Mengesakan Allah SWT pada setiap perbuatan serta beriman dan mempercayai dengan sepenuh keyakinan bahawa hanya Allah yang layak disembah.
✔ Setiap perbuatan seperti menyembah hanyalah untuk Allah SWT dan bukan tuhan-tuhan lain
· Patung berhala, hawa nafsu, manusia dan harta benda.
✔ Bertujuan memastikan segala amalan melalui hati, lidah dan tubuh badan bebas daripada sifat-sifat syirik
✔ Terdapat dalam Islam sahaja kerana segala peribadatan adalah kepada Allah tanpa melalui sebarang perantaraan.
✔ Umat diajar untuk tidak mensyirikkan Allah melalui hati, lidah dan perbuatan
✔ Para Rasul diutuskan oleh Allah SWT menyampaikan dakwah kepada kaum mereka dengan perintah untuk mengesakan Allah SWT.

            Firman Allah SWT: 

            Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah Thagut itu”. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang orang yang mendustakan (rasul-rasul)”
                                                                                                          ( Surah Al-Nahl 16:36 )

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku (Muhammad) diutus untuk memerangi manusia, sehingga mereka bersyahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad ialah utusan Allah”
                                                                                       (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

       ✔ Kalimah syahadah menjadi teras utama yang membezakan Islam dengan agama yang lain

TAUHID ASMA’ WA AL-SIFAT
✔ Beriman terhadap seluruh nama dan sifat yang telah Allah tetapkan ke atas-Nya dengan tidak menyerupakan-Nya dengan makhluk.
✔ Dialah Allah yang memiliki nama dan sifat yang sempurna.
✔ Seorang Muslim wajib menetapkan apa yang Allah SWT tetapkan bagi-Nya (Al-Quran dan Hadis)

            Firman Allah SWT

            Maksudnya : “Hanya milik Allah asma’ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma’ul husna itu 
                                                                                                         Surah al-A'raf 7:180 )

CONTOH-CONTOH SURAH YANG TERDAPAT NAMA-NAMA ALLAH DAN SIFAT-SIFATNYA

Maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang 
                                                                                                     ( Surah al-Hujurat 49:14 )

Maksudnya: “Dan adalah ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” 
                                                                                                            ( Surah al-Fath 48:4 )

Maksudnya: “Ketahuilah bahawasanya ALLAH mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Maka takutlah kepada-Nya dan ketahuilah bahawa ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”
                                                                                                     ( Surah al-Baqarah 2:235 )